16 Cara Didik Anak Berbudi Bahasa

Masukkan Emel Anda Untuk Menerima Artikel Terkini Dari Blog AyahMama.com

Isikan Emel Anda:

Delivered by FeedBurner




anak

Mengajar anak mengenai budi bahasa adalah suatu proses yang memerlukan masa yang berpanjangan dan bukan dalam masa tempoh yang singkat. Membentuk anak mengenai budi merupakan suatu proses yang berterusan. Anak-anak yang masih kecil suka akan peraturan dan secara umumnya suka akan sesuatu yang baru dalam hidupnya. Jadi apa kata ikuti panduan untuk membentuk budi bahasa dalam diri anak-anak dan anda sebagai boleh ibu bapa, suatu hari nanti boleh berbangga dengan hasilnya!.

Ajar anak-anak mengenai apa itu hormat.

– Secara tidak langsung membuatkan mereka belajar untuk menghormati orang lain. Bukankah segalanya bermulanya dari rumah? Jadi, cakap dengan baik kepada anak dan tingkah laku itu akan membuatkan anak melakukan perkara yang sama kepada orang lain.

Bantu lakukan kerja rumah.

– Biarkan anak melakukan kerja rumah yang mudah seperti membuang sampah ataupun membawa pinggan plastik dan diletakkan di atas meja. Aktiviti ini merupakan suatu pengenalan kepada anak untuk membantu ahli keluarga membersihkan rumah serta jangan lupa untuk mengajarnya asas tatatertib menggunakan telefon.

Praktik kesopanan dalam keluarga.

– Setiap ahli keluarga perlu mempraktikkan perkataan ‘ tolong ‘ dan ‘ terima kasih ‘. Jadikan ia suatu ungkapan yang wajib dalam keluarga. Jika anak terlupa untuk untuk mengucapkan terima kasih, buat sesuatu untuk mengingatkannya seperi berkata, ‘ Ibu sedang menunggu ni…’ dan pastinya dia sedar bahawa anda sedang menunggu untuk dia ucapkan ‘ terima kasih ‘.

Mudah meminta maaf dan memaafkan.

-Galakkan anak untuk meminta maaf apabila telah melakukan kesalahan. Jadikan ungkapan meminta maaf sebagai satu kebiasaan. Ini akan membuatkan dia lebih disenangi dalam pergaulannya.

Memberikan pujian.

-Berikan pujian berbanding kritikan apabila anak melakukan perkara yang betul. Bagi anak-anak, pujian adalah kata-kata yang menakjubkan. Biarkan anak tahu bahawa anda sangat bangga apabila dia menunjukkan sikap yang sopan setiap masa.

Kongsi permainan dengan kanak-kanak lain.

-Berikan kata-kata pujian apabila dia sedia berkongsi dengan orang lain. Katakan kepadanya sikap suka berkongsi barang membuatkan dirinya disukai ramai.

Jangan terlalu inginkan hasil yang cepat.

– Melatih anak mengenai budi bahasa bukan suatu yang mudah. Dalam tempoh itu pelbagai kesalahan dilakukan. Ia merupakan suatu proses percubaan sama ada boleh dilakukan atau tidak. Anak akan belajar dari kesilapannya.

Menggunakan penggunaan ayat yang betul.

-Jika anak menggunakan perkataan. ‘ Adik mahu air,’ betulkan penggunaan ayatnya dan berkata, ‘ Boleh ibu tolong ambilkan adik air,?’ dan minta anak anda ulangi ungkapan tadi.

Duduk di meja dengan kedudukan yang sopan.

– Jangan membuat bising dan makan dengan sopan supaya tiada makanan atau minuman yang tumpah. Paling penting, jangan bergaduh di meja makan.

Menjadi model tatatertib kepada anak.

-Jika mulut anda penuh dengan makanan, jangan bercakap kerana anak akan mengikut apa yang anda lakukan.

Berlatih untuk duduk diam di meja makan.

-Lakukan dalam tempoh masa 15 ke 20 minit. Ini akan mengajar anak berdisiplin di meja makan tanpa melakukan sebarang perbuatan yang mungkin membuatkan anda marah.

Gunakan perkataan ‘ tolong ‘.

-Guna perkataan ini apabila mahu meminta anak mengambil barang yang mahu. Pastikan barang itu mudah untuk diambil dan tidak mudah pecah.

Komen.

-Jangan membuat komen yang tidak baik mengenai makanan di hadapannya. Jika tidak mahu katakan ‘ tidak, terima kasih ‘

Minta kebenaran.

-Jika anak merampas barang permainan rakannya, katakan kepadanya,‘ perbuatan kamu ini tidak baik kerana mengambil barang kawan tanpa kebenaran’

Salam.

-Menghulurkan tangan untuk berjabat salam apabila berjumpa dengan orang yang lebih tua daripadanya. Ia mampu melahirkan perasaan hormat dalam diri anak.

Suara.

-Beritahu kepadanya tempat yang perlu bersuara kuat dan tempat yang perlu bersuara perlahan.

Ramai anak-anak sekarang belajar berkomunikasi dari rakan-rakan sebaya mereka. Akibatnya mereka mempelajari bahasa kasar dan bahasa yang tidak sesuai untuk berkomunikasi. Oleh itu, dedahkan hidup anak-anak dengan persekitaran yang cemerlang!

Sumber: Majalah Pa&Ma






Speak Your Mind

*

     

You might also likeclose