Bila Anak Kecil Pandai Ke Tandas

Masukkan Emel Anda Untuk Menerima Artikel Terkini Dari Blog AyahMama.com

Isikan Emel Anda:

Delivered by FeedBurner


anak aidid
RASANYA seperti baru semalam anda menukar lampin pertama anak anda. Pantasnya masa berlalu, kini anda telah mula memikirkan bilakah masa yang paling sesuai untuk memulakan latihan ke tandas (potty training) untuk mereka.

Menurut Dr. Sarah Pearson dari babycenter.com, sebenarnya tiada had ukuran umur yang khusus untuk memulakan latihan menggunakan pot tandas khas untuk kanak-kanak.

Namun secara normalnya, kanak-kanak mula memahami konsep kognitif dan fizikal mereka bermula usia 18 bulan hingga 24 bulan (2 tahun) dan ini dikatakan masa yang sesuai untuk memulakan latihan pot tandas (potty training) kepada mereka.

Bagaimanapun, ramai ibu bapa hanya memulakan latihan pot tandas apabila anak mencecah usia 2 1/2 tahun hingga 3 tahun atau apabila kanak-kanak berupaya mengawal pundi kencingnya.

Dalam sesetengah kes pula, anak-anak tidak menunjukkan minat untuk mencuba latihan ke tandas sehinggalah mereka berusia 3 atau 4 tahun.

Ramai ibu bapa menjadikan keupayaan untuk anak ke tandas sendiri sebagai batu aras tumbesaran anak mereka. Ia juga menjadi pengukur berakhirnya masa untuk memakai lampin.

Masalahnya di sini, ibu dan bapa sendiri tidak tahu berapa lamakah proses latihan ke tandas sepatutnya berlangsung.

Ada di antara kanak-kanak mampu memahami dan menguasai latihan baru tersebut dalam jangka masa beberapa hari sahaja, namun ada juga yang mengambil masa sehingga beberapa bulan.

Di sini kesabaran ibu bapa amat penting bagi membolehkan anak menguasai latihan pot tandas mereka.

Boleh juga disimpulkan di sini bahawa, lebih awal latihan dibuat, lebih lama masa yang diambil untuk memastikan kanak-kanak mahir menggunakan pot tandas mereka.

Bagi ibu bapa yang tidak pasti teknik latihan yang betul untuk memulakan latihan ini, di bawah adalah panduan asas untuk memastikan latihan tandasĀ  (potty training) anak anda berjaya:

  • Pastikan tahap kesediaan anak anda dan diri anda sendiri.
  • Beli peralatan untuk latihan ke tandas yang betul.
  • Ciptakan rutin untuk ke tandas (contoh, apabila bangun pagi, terus mengajak anak membuang air di tandas).
  • Tunjukkan cara penggunaan pot tandas secara praktikal kepada anak anda.
  • Pastikan anda menerangkan proses menggunakan pot tandas tersebut dengan jelas dan menarik.
  • Jadikan latihan tersebut sekerap mungkin.
  • Pastikan anda menyediakan seluar yang selesa untuk anak anda membukanya sekiranya dia ingin membuang air.

Sumber: Utusan Online





Klik Untuk Ketahui Teknik Mudah & Berkesan Pupuk Anak Anda Membaca Seawal Usia 2 Tahun


Speak Your Mind

*

     

You might also likeclose