Manfaat Susu Ibu – Bayi Lebih Sihat dan Cerdik

anak siti

JIKA dilihat 10 tahun lalu, tidak ramai ibu-ibu yang mahu menyusukan bayi mereka dengan alasan yang tertentu. Antara alasan yang popular ialah takut gemuk dan khuatir bentuk payudara ‘jatuh’. Menyusukan bayi di tempat-tempat awam juga jarang sekali dilakukan para ibu dek khuatir dan malu sekiranya ada mata-mata nakal mencuri pandang saat baju diselak untuk tujuan itu. Kini, senarionya ternyata berbeza sama sekali. Ramai ibu-ibu yang mula sedar betapa pentingnya memberikan susu badan … [Read more...]

15 Tip Rangsang Minda Bayi Anda

anak fedtri yahya

Panduan berikut mungkin boleh dimanfaatkan mereka yang baru bergelar ibu atau bapa: 1. Mengecat atau menampal kertas dinding pada bilik bayi dengan warna terang dan pelbagai corak menarik. 2. Menggantungkan alat permainan ataupun barangan berbunyi dan bergerak pada katil tidur dan kereta sorongnya. Selok-eloknya, ia digantung pada jarak yang dapat dicapai bayi. 3. Meletakkan cermin muka di tepi katil supaya apabila bayi menoleh, dia dapat melihat wajahnya sendiri. 4. Membawa atau … [Read more...]

Punca Bayi Tertidur Semasa Menyusu

anak jimmy shanley

Bayi yang kerap tertidur sewaktu menyusu, menimbulkan pelbagai spekulasi. Secara tidak langsung, hal ini boleh menjejaskan usaha menjayakan penyusuan eksklusif. Anggapan tidak benar tentang bayi yang tertidur sewaktu sesi penyusuan berlangsung boleh menimbulkan pelbagai masalah. Akhirnya, ia boleh mendatangkan kesan tidak baik buat bayi dan si ibu juga. Antara yang paling sering disalahtafsirkan ialah bayi sudah kenyang walaupun minum dalam tempoh yang singkat. Malah, ada yang menganggap … [Read more...]

Teknik Urut Bayi dan Manfaatnya

anak eizlan

SENTUHAN dan belaian memang mempunyai kuasa ajaib kerana ia memberi kesan positif terhadap keseimbangan emosi dan psikologi kepada orang dewasa dan kanak-kanak. Hanya beberapa minit sehari, sentuhan dan belaian ibu boleh menjadi perangsang kepada perkembangan psikologi bayi. Banyak bukti saintifik menunjukkan sentuhan dan belaian yang diberikan dalam bentuk urutan sangat penting untuk perkembangan serta tumbesaran bayi. Malah, urutan dikatakan rawatan alternatif terbaik untuk memberi … [Read more...]

Panduan Mengurut Bayi

urut bayi

Banyak faedah apabila mengurut bayi. Paling penting bayi akan di rangsang dan peredaran darah akan menjadi semakin baik. Selain itu, bayi akan berasa erat dengan ibu atau bapanya. Disini disenaraikan beberapa panduan dan tips mengurut bayi:  Jangan mengurut ketika bayi lapar atau lampinnya basah. Jangan sesekali ketika dia demam atau mempunyai luka dan penyakit kulit yang tidak boleh disentuh.  Bayi tidak suka sentuhan yang terlampau lembut kerana mereka akan berasa seperti digeletek. … [Read more...]

9 Sebab Bayi Anda Menangis

wajah-anak-mawi-ekin

Bayi  yang selalu menangis menimbulkan perasaan yang tidak senang kepada ibubapa terutama jika  tangisannya  berterusan hingga beberapa jam atau berterusan di waktu jauh malam. Perasaan resah  selalu dirasai oleh ibubapa  kerana khuatir kalau - kalau  bayi mereka menghidap sesuatu penyakit.  Menangis ialah satu cara seseorang bayi itu menyatakan perasaan atau emosinya dan ibubapa mestilah cuba memahami sebab - sebab bayi mereka menangis supaya langkah yang sewajarnya dapat diambil. Ada … [Read more...]

Bahasa Bayi! Adakah Benar Bayi Berkomunikasi Melalui Tangisan?

anak ashraf

Biasanya, setiap kali bila bayi menangis, ibunya akan terus menyusukannya. Sebenarnya, lapar bukanlah satu-satunya sebab bayi menangis. Selain dari lapar, bayi akan menangis bila menghadapi keadaan-keadaan seperti penat, kembung perut, tidak selesa, perlu sendawa dan beberapa sebab lagi. Seorang ibu mendakwa bahawa beliau boleh berkomunikasi dengan bayinya dan faham apa kehendak-kehendak si comel bila mereka menangis. Pendek kata, beliau boleh faham 'bahasa bayi'. Dengan meneliti bunyi … [Read more...]

Panduan Membeli dan Memilih Pakaian Bayi

aishah dynas sariyanti anak

BAGI bayi yang baru dilahirkan, mereka sangat sensitif dengan keadaan persekitaran. Malah ada kajian yang dilakukan telah membuktikan bahawa kulit bayi adalah paling sensitif selain lebih nipis, kurang pigmentasi dan mempunyai kadar kelebatan kelenjar peluh yang tinggi. Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan kulit bayi mudah terpengaruh dengan rangsangan dan panas matahari. Oleh yang demikian, ibu bapa perlu berhati-hati ketika membeli pakaian dan secara tidak langsung perlu tahu … [Read more...]

You might also likeclose