Petua Mendapatkan Anak Perempuan

Masukkan Emel Anda Untuk Menerima Artikel Terkini Dari Blog AyahMama.com

Isikan Emel Anda:

Delivered by FeedBurner




Ramai juga yang mencari tip dan petua mendapatkan anak perempuan. Ada beberapa petua yang boleh diikuti bermula dari hubungan seksual suami isteri, doa, bacaan surah tertentu dan amalan pemakanan yang sesuai.

Jom kita baca petua mendapatkan anak perempuan:

1. Mulakan dengan doa dan niat untuk memperoleh jantina bayi perempuan.

2. Pastikan hubungan seksual dilakukan pada waktu subur isteri iaitu antara hari kesebelas hinggalah hari kesembilan belas dari kiraan pertama datangnya haid.

3. Biarkan suami melepaskan hanya lima puluh peratus sahaja spermanya ke dalam rahim isteri sementara bakinya dirembeskan di bahagian pangkal rahim.

4. Selepas berasmara, isteri digalakkan tidur mengiring ke sebelah kiri dan sekiranya membelakangkan suami maka mintalah izin terlebih dahulu.

5. Akhiri dengan doa agar hajat yang diinginkan dimakbulkan oleh-Nya.

Amalan pemakanan ketika janin berusia satu hingga empat bulan :

1. Banyakkan pengambilan sayur, sup, asam serta jenis yang beralkali.
2. Lebihkan buah-buahan .
3. Elakkan dari mengambil minuman berkarbonat.

Perbuatan yang digalakkan ketika kandungan berusia satu hingga sembilan bulan

1. Amalkan membaca surah Yusuf dan Maryam.
2. Usap kandungan dengan lembut dan panggillah bayi anda dengan nama Maryam atau Siti Aishah.
3. Banyakkan berdoa agar permintaan anda dikabulkan.

Menurut penyelidikan barat hasil tulisan Alicia Pennington, ada beberapa tip mengenai cara bersetubuh yang boleh meningkatkan potensi mendapatkan anak perempuan. Ini sebahagian petikan artikel tersebut:

Untuk mendapat anak perempuan, isteri harus mengelakkan keadaan ghairah atau terangsang semasa bersetubuh. Ini kerana dalam keadaan terangsang, faraj isteri akan dibasahi cecair yang bersifat asid. Ini akan membantutkan renangan sperma X yang lebih suka kepada keadaan beralkali.

Si suami harus mencapai klimaks dalam masa yang lebih singkat untuk menggelakkan rangsang yang berlebihan kepada isteri semasa bersetubuh.

Selain cara bersetubuh, masa bersetubuh juga penting. Oleh kerana sperma X bertahan lebih lama dari sperma Y, ada baiknya jika persetubuhan dilakukan sehari sebelum isteri dijangka berovulasi.

Walaupun tiada jaminan 100% teknik ini akan berjaya, cara bersetubuh ini sememangnya dapat meningkatkan peluang mendapat anak perempuan.

Sesungguhnya manusia boleh mengusahakan dan Tuhan yang akan menentukan. Terimalah dengan hati terbuka zuriat kurnia Tuhan, walau apa jantina sekalipun.

Sumber






Speak Your Mind

*

     

You might also likeclose